PETALING JAYA: Tiga ejen yang menawarkan khidmat pembantu rumah dengan bayaran sehingga RM20,000 termasuk menjanjikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), ditahan di sini, pada Jumaat disyaki terlibat eksploitasi wanita Indonesia.
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi kira-kira jam 10.30 malam itu bertindak menyerbu sebuah rumah dan menahan tiga ejen terdiri daripada seorang lelaki dan wanita tempatan serta seorang wanita Indonesia.
"Empat wanita warga Indonesia berusia 31 hingga 51 tahun dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang telah diselamatkan.
"Hasil siasatan awal mendapati ejen ini aktif menjalankan aktiviti mengurus kemasukan, merekrut dan menawarkan perkhidmatan pembantu rumah serta menempatkan mangsa di sebuah rumah dalam kawalannya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, ejen ini menawarkan khidmat pembantu rumah dengan bayaran sebanyak RM14,000 hingga RM20,000 termasuk menjanjikan PLKS yang dikatakan boleh diuruskannya.
Dedah beliau, urusan dengan bakal majikan dibuat dengan menghantar gambar pendaftaran syarikat, gambar pembantu rumah dan pasport melalui aplikasi WhatsApp dan mengatur perjumpaan jika bakal majikan ingin meneruskan pengambilan pembantu rumah.
"Ini dilakukan bagi meyakinkan bakal majikan bahawa segala urus niaga tersebut adalah dibuat melalui cara yang sah oleh agensi pekerjaan berdaftar.
"Ejen ini telah menjalankan aktiviti sejak empat tahun lepas dan dipercayai boleh mengaut keuntungan dianggarkan antara RM80,000 hingga RM90,000 setahun," katanya.
Tambah Ruslin, siasatan dijalankan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).
"JIM akan terus menjalankan operasi membanteras aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran," ujarnya.
Jelasnya, masyarakat disaran untuk terus menyalur maklumat kepada pihak imigresen dengan menghubungi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA sekiranya terdapat maklumat warga asing yang dieksploitasi agar tindakan undang-undang boleh diambil dalam usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 16 2024
Empat wanita warga Indonesia disyaki menjadi mangsa pemerdagangan diselamatkan dalam operasi di Petaling Jaya, pada Jumaat. -Foto: Imigresen Putrajaya
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang
Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Bekas pembantu rumah Indonesia tuntut gaji tertunggak RM195,000
Derfi Bisilisin, 36, memfailkan saman itu terhadap Koe Boon Aik, 48, di Mahkamah Sesyen di sini.
Rogol amah: Ahli perniagaan dipenjara 12 tahun selepas gagal dalam rayuan
Mahkamah turut mengekalkan keputusan supaya perayu dikenakan lima sebatan.
Polis kesan pembantu rumah cuti barangan, wang majikan bernilai RM10,850
Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya dianggarkan bernilai RM10,850, Isnin lepas.
Pembantu rumah dirantai, majikan ditahan
Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditemukan dirantai di sebuah flat di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.
Wanita Indonesia jadi mangsa buruh paksa diselamatkan
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.
Pengurangan kos PDI: KSM tunggu jawapan Indonesia
KSM masih menunggu jawapan daripada Indonesia berkaitan cadangan mengurangkan kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI).
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar
Malaysia dan Indonesia akan mengkaji semula kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) dan menetapkan kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.